Monday, November 4, 2013


Ini foto AL_AQSA [yg sebenarnya bukan bohongan atau hasil rekaan] di Jerusalem, Subhanallah ...... Foto ini dapat dibolosi kerana tidak diketahui oleh pihak Israel laknatullah yg menjaga tempatnya dengan sangat ketat. Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat duduk Nabi Muhammad SAW Isra Mi'raj sampai kini masih tetap terapung di udara. 

Pada saat Nabi Muhammad mau Mi'raj batu tersebut ikut, tetapi Nabi SAW menghentakkan kakinya pada batu tersebut, maksudnya agar batu tersebut tak ikut. Kisah Isra Mi'raj Nabi Muhammad SAW tentang batu gantung tersebut yang berada dalam masjid Umar [Dome of the Rock] di Lingkungan Masjidil AQSA di Yerusalem. 

Sampai sekarang masjid dome of rock ditutup untuk umum, dan Yahudi membuat masjid lain Al Sakhra tak jauh disebelahnya dengan kubah "emas" (yang sering terlihat di poster-poster yg disebarkan ke seluruh dunia dimana-mana) dan disebut sebagai Al Aqsa, untuk mengelabui ummat Islam dimana masjid al Aqsa yang sebenarnya, yang Nabi Muhammad SAW pernah sebutkan Al Aqsa sebagai "masjid kubah biru". 

Saat ini masjid Al Aqsa yg sebenarnya sudah diambil alih oleh Israel dan merancang untuk dihancurkan untuk diganti sebagai tempat ibadah mereka kerana bersebelahan dengan tembok ratapan. Subhanallahh .... bagus untuk di baca ..... 

Ali bin Abi Talib r.a berkata: "Sewaktu Rasullullah SAW duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata: 'Wahai Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa AS yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab. 

'Lalu Rasullullah SAW bersabda: "Silakan bertanya. 'Berkata orang Yahudi:' Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu." Sabda Rasullullah S.A.W. : "Solat Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada TuhanNya, Solat Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam AS memakan buah Khuldi, Sholat Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam AS. 

Maka setiap mukmin yang solat Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. " Solat Isya 'itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir. 

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah SAW maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang solat.' Rasullullah SAW bersabda: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, Solat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan keatasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat." Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: "Manakala solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam AS Memakan buah Khuldi. 

Orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir. " Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, solat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam AS diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan. 

'Sabda Rasullullah S.A.W. : "Solat Isya '(atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isya 'berjamaah, Allah SWT haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath. " Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: "Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberi oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu: 

1. Dibebaskan dari api neraka. 

2. Dibebaskan dari nifaq. 

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah SAW maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (SAW). 

Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu? ' Sabda Rasullullah S.A.W. : "Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam AS selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.Ş. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhlukNya. " 

Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu '. Sabda Rasullullah S.A.W. : "Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara: 

1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram). 

2. Rahmat Allah senantiasa dekat dengannya. 

3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal. 

4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus. 

5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan). 

6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath. 

7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga. 

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi '. 

Sabda Rasullullah S.A.W. : "Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat) '. 

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa asyhadu anna Muhammada Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah)'. 

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. "(Al-Baqarah: 155) 

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. 

Bertanya orang kepada Rasulullah S.A.W. : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat? "Maka jawabnya Rasulullah SAW," Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU ". 

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mereka. 

Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu. Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati: 

1. Para Nabi 

2. Para Ahli Jihad 

3. Para Alim Ulama 

4. Para Syuhada 

5. Para Penghafal Al Quran 

6. Imam atau Pemimpin yang Adil 

7. Tukang Azan 

8. Wanita yang mati kelahiran / beranak 

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya 

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman. 

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah r.a sabda Rasulullah SAW "Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah SWT memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: "Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga." 

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun -daun kayu di bumi. 

Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. 

"Dan (ingatlah) Allah senantiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." (Surah Al-Baqarah: 237) 

Wassalam, 

Friday, October 18, 2013

Soalan:

Sekiranya saya pergi ke tempat asing yang tidak diketahui waktu solat di kawasan itu, bagaimana mahu mengetahui waktu solat yang tepat?

Jawapan: 

Sekiranya matahari boleh dilihat di tempat itu, perlu menggunakan matahari sebagai tanda masuk waktu solat

  • Waktu Zohor bermula apabila matahari mula condong ke sebelah barat dan bayang mula condong ke sebelah timur.
  • Waktu Asar bermula apabila bayang lebih panjang daripada objek asal.
  • Waktu Maghrib bermula dengan tenggelam semua bulatan matahari.
  • Waktu Isyak bermula apabila hilangya cahaya merah di tempah matahari jatuh.
  • Waktu Subuh dengan terbitnya fajar, iaitu cahaya sebelah matahari naik mulanya sedikit semakin lama semakin terang.

Thursday, October 17, 2013

"Segala puji-pujian terpulang kepada Allah Tuhan yang memelihara semesta alam.” 

Alhamdulillah adalah perasaan kesyukuran yang melimpah pada hati mukmin sebaik sahaja ia teringat kepada Allah, kerana kewujudan dirinya dari mula lagi adalah dari limpah nikmat kurniaan Ilahi yang membangkitkan kesyukuran, pujian dan sanjungan, malah di setiap kelip mata dan detik waktu, dan di setiap langkah Allah melimpahkan nikmat dan rahmat-Nya ke atas seluruh makhluk-Nya terutama manusia, kerana itu mengucap Alhamdulillah di awal dan di akhir merupakan salah satu dari dasar-dasar kefahaman Islam secara langsung. 

Firman Allah: 

"Dan Dialah Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Dia, terpulang kepada-Nya seluruh kepujian di awal dan di akhir."

Surah Al-Qasas: 70

Namun demikian, kemurahan dan limpah kurnia Allah ke atas hambahamba-Nya yang mu'min itu adalah sampai ke tahap setinggi-tingginya apabila hamba itu berkata: "Alhamdulillah", maka Allah akan tuliskan untuknya satu balasan kebaikan yang mengatasi segala timbangan neraca yang lain. 

Tersebut dalam Sunan Ibn Majah dari Ibn Umar R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. telah menceritakan kepada mereka; iaitu ada seorang hamba Allah mengucap kepujian dengan kata: (Ya rabbi lakalhamdu kama yam baghi li jala li wajhika wa 'azi mi sulto nik) "Wahai Tuhanku! Segala kepujian itu terpulang kepada-Mu, iaitu kepujian yang layak dengan keagungan zat-Mu dan kebesaran kuasa-Mu." 

Ucapan ini telah menyulitkan dua Malaikat pencatat amalan, keduaduanya tidak tahu bagaimana hendak menulis pahalanya lalu kedua-dua Malaikat itu menghadap Allah dan berkata kepada-Nya: "Ada seorang hamba mengucapkan pujian yang kami tidak mengetahui bagaimana hendak menulis balasannya?" Firman Allah: (Sedangkan Dia lebih mengetahui apa yang telah diucapkan hamba-Nya itu) "Apakah pujian yang telah diucapkan oleh hamba Ku itu?" Jawab kedua-dua Malaikat itu dia berkata: "Wahai Tuhanku segala kepujian itu terpulang kepada Mu, iaitu kepujian yang layak dengan keagungan zat-Mu dan kebesaran kuasa-Mu." Firman Allah kepada kedua-duanya: "Tulislah ucapan itu sebagaimana yang diucapkan oleh hamba Ku sehingga ia menemui Aku dan Akulah sendiri akan membalaskannya." 

Menghadap Allah dengan mengemukakan sanjungan dan kepujian menggambarkan perasaan mu'min yang terharu sebaik sahaja ia teringat kepada Allah sebagaimana telah kami terangkan sebelum ini. 

Adapun bahagian akhir ayat: 2. "... Tuhan yang memelihara semesta 'alam," adalah menjadi dasar kefahaman atau kepercayaan Islam kerana sifat Rububiyah yang mutlak dan menyeluruh itu merupakan salah satu daripada dasar-dasar 'aqidah Islam. 

Kata-kata "Rabb" bererti pemelihara, penguasa, pentadbir dan pengurus yang memelihara urusan islah dan kerja-kerja tarbiyah dan pengasuhan terhadap seluruh makhluk-Nya. Allah tidak menciptakan 'alam kemudian membiarkannya begitu sahaja, malah Dia memperelok, menjaga, memelihara dan mengasuhnya, kerana itu hubungan di antara Allah dengan makhluk sentiasa berterusan pada setiap waktu dan keadaan. 

Konsep Rububiyah Allah yang mutlak terhadap seluruh makhluk-Nya merupakan persimpangan jalan yang memisahkan di antara 'aqidah tauhid yang jelas dan sempurna dengan 'aqidah yang kabur yang terjadi akibat dari ketidakjelasan dan ketidaktegasan hakikat tauhid ini. Ramai manusia yang mengakui Allah sebagai Tuhan Pencipta 'alam, tetapi di samping itu mereka mempercayai berbagai-bagai tuhan yang lain yang menguasai kehidupan mereka. 

Kepercayaan yang seperti ini nampak jelas anih dan lucu, tetapi itulah yang telah berlaku dan sedang berlaku. Al-Qur'an telah menceritakan tentang perkataan sekumpulan kaum Musyrikin yang menyembah bermacam-macam tuhan itu.

Saturday, September 14, 2013

Hadis dan huraian

Riwayat: (Muslim)

Dari Sa'ad bin Abi Waqas r.a katanya: "Rasulullah SAW pernah melarang ˜Usman bin Mazh'un untuk membujang selamanya kerana semata-mata hendak melakukan ibadah kepada Allah. Andaikan Rasulullah SAW mengizinkan tentunya kami sudah mengebiri (mengkasikan) diri kami."

Dewasa ini banyak sekali timbul gaya hidup baru yang tidak Islamik. 

Antaranya ialah mengelak daripada berkahwin hingga mendapat gelaran andartu (bagi wanita) ataupun gelaran bujang terlajak (bagi lelaki). Tetapi jika diteliti sebenarnya banyak faktor yang membuatkan seseorang itu terperangkap dalam situasi ini. Masing-masing mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka tidak berkahwin. 

Katanya; 'Mahu kahwin tapi tiada jodoh' atau ˜mahu kahwin tetapi tidak mampu kerana hantaran terlalu mahal' atau ˜takut hendak berkahwin bimbang didera atau dianiaya'. 

Ini merupakan antara jawapan yang dikemukakan apabila isu ini ditimbulkan kepada mereka yang berkenaan. 

Hakikatnya masyarakat sekarang ada yang menganggap bahawa perkahwinan itu adalah semata-mata hanya untuk tujuan seks semata. 

Justeru ramai yang memilih jalan salah untuk melepaskan nafsu syahwat tanpa memilih jalan perkahwinan yang halal. 

Akibatnya timbullah pelbagai penyakit sosial seperti zina, lesbian dan homoseks yang menghalalkan perhubungan seks secara bebas. 

Bukan sahaja golongan dewasa yang terlibat bahkan penyakit ini sudah menular pula kepada anak-anak remaja hingga lahirnya gelaran bohsia dan bohjan. 

Kemunculan bahan-bahan lucah di sana sini pula makin membiakkan lagi virus ini yang ternyata amat menggerunkan. Apa nak jadi dengan keadaan masyarakat kita sekarang? 

Pada zaman Rasulullah SAW, perkahwinan mahu dielak kerana bimbang akan menjejaskan masa untuk beramal ibadah hingga timbul keinginan untuk mengkasikan diri sendiri agar nafsu syahwat dapat dikekang selamanya. 

Namun hal ini dilarang dan sebaliknya Rasulullah SAW telah memberikan berbagai panduan supaya umatnya terhindar daripada perangkap nafsu yang menjadi senjata utama syaitan dalam merosakkan manusia. 

Justeru, sama ada berkahwin ataupun tidak, apa yang penting ialah kehidupan ini harus berjalan selari dengan kehendak syariat kerana kebahagiaan yang sebenar bukan bertunjangkan nafsu tetapi keimanan yang jitu!
Saya tertarik dengan segelintir yang mendakwa diri mereka beraliran ‘salaf' tetapi bersikap jauh dari jalan salaf. Apabila politik yang mereka bernaung di bawah ketiaknya menyokong rejim-rejim tentera di negara-negara yang sedang bergolak itu, mereka pun menari rentak yang sama. 

Seakan mereka melupai pembunuhan, pembakaran masjid, gas yang meragut anak-anak tidak berdosa dan segala macam kezaliman lain, yang mereka sibuk ia membaca dalil pengharaman demonstrasi. Dalil pembunuhan bagai dilupakan. Kemudian mereka mengiktiraf pula perampasan kuat secara tentera yang jauh lebih ganas dari demonstrasi. 

Tambahan lagi, mereka cari dalil-dalil menunjukkan golongan Islamis yang menang secara peraturan itu tidak tepat akidahnya dan ada kesalahan fekahnya. Malangnya, dalam masa yang sama, tidak pula mereka bertanya tentang akidah sosialis, sekularis, liberalis dan segala macam lagi yang dianut oleh regim-regim yang zalim itu. 

Seakan Al-Quran, al-Sunnah dan ajaran Salaf itu hanya terpakai untuk menilai golongan Islamis sehalus-halusnya tetapi dibiarkan mereka yang zalim bermaharajalela.

Kesalahan dan kesilapan golongan Islamis bagaikan dosa yang tidak ampun sehingga pembunuhan dan penyiksaan ke atas mereka seakan sesuatu yang ringan. Sementara regim-regim pula tidak ditanya apakah akidah dan fekah yang mereka anuti.

Dosa Dan Silap

Manusia yang melakukan ‘dosa' dan kesalahan itu terbahagi kepada dua kelompok. Pertama; orang yang tidak berniat untuk menuruti jalan yang benar. Sesuatu yang betul itu bukan hasrat yang ingin dicapainya. Dia hanya memikirkan tentang kepentingan dirinya sahaja sehingga dia terjatuh dalam kesalahan ataupun dosa. 

Kedua; orang ingat mencari kebenaran. Berusaha untuk menuruti jalan yang benar. Itulah hasratnya. Pun begitu, telah berlaku kesilapan atas pandangan ataupun tindakan yang diambil lalu dia kelihatan berdosa dan salah.

Golongan yang pertama adalah golongan pengikut hawa nafsu. Mereka merupakan para pembuat dosa dan penderhaka kepada Allah. Mereka telah meminggirkan larangan Allah semata-mata untuk kepuasan diri. Golongan ini ditempelak oleh al-Quran dalam ayat-ayatnya. 

Antaranya, Allah menempelak golongan ‘ulama Yahudi' yang menolak hujah yang benar semata-mata kerana ingin menurut hawa nafsu mereka. Firman Allah yang bermaksud: 

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalau demikianlah sikap kamu maka bawalah sebuah kitab dari sisi Allah yang dapat memberi panduan lebih daripada keduanya (Taurat dan al-Quran) supaya aku menurutnya. (Bawalah) jika betul kamu orang-orang yang benar. Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (Wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka; dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim" (Surah al-Qasas: 49-50).

Cari kebenaran

Adapun mereka yang cuba mencari kebenaran dan ingin menuruti jalan yang benar kemudian tersalah maka ini diampunkan oleh Allah. Ini selagi mana hasrat mereka murni dan cuba sedayanya menuruti jalan yang betul. 

Justeru, Allah mengajar kita dalam al-Quran untuk kita berdoa yang bermaksud: "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersilap". (Surah al-Baqarah ayat 286)

Kata al-Sa'di ketika menafsirkan ayat ini: 

"Nisyan (lupa) bermaksud hilang (tidak ingat) dari kalbu apa yang diperintahkan lalu ditinggalkan secara terlupa. Sementara khata` (tersilap) bermaksud seseorang bertujuan melakukan sesuatu yang dibolehkan namun perbuatannya itu terjatuh ke dalam perkara yang dia tidak dibolehkan (larangan) lakukan. Kedua perkara ini (lupa dan silap) Allah ampunkan jika berlaku pada umat ini disebabkan rahmat dan ihsan Allah". (al-Sa'di, Taisir al-Karim al-Rahman, m/s 121. Beirut: Muassasah al-Risalah).

Maka, apabila kita membicarakan mengenai golongan yang tersilap ini kita hendaklah lebih berhati-hati. Apabila zahir pada seseorang itu kesungguhan mencari kebenaran dan keikhlasan mencari petunjuk yang dapat dikesan pada amalan zahir yang tahu - adapun yang batin kita serahkan pada Allah - maka kita tidak boleh menghukum ataupun menilainya seperti mereka yang melakukan dosa dalam kelompok yang pertama yang sememangnya tidak ingin mencari kebenaran. 

Tidak sama mereka yang tersilap dalam amalan solatnya dengan mereka yang sengaja membuat silap ataupun yang langsung tidak bersolat. Juga kita tidak boleh samakan mereka yang tersilap pendekatan dalam dakwah sama dengan yang menentang dakwah. Bagaimana mungkin untuk disamakan Mursi dan al-Sisi! Adakah sama antara rakyat Syria yang beriman dengan Basyar Asad yang zalim!

Insaf

Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama'ah (ASWJ) sepatutnya membawa kita insaf dalam menilai pihak lain. ASWJ tidak seperti ajaran sesat Ahbash ataupun Salafi Madkhali yang sering mengkafirkan ataupun menyesatkan sesiapa sahaja yang berbeza ijtihad ataupun pandangan dengan mereka.

Ini tidak menghalang untuk kita mengkritik kesilapan itu dengan ilmiah dan fakta yang bernas. Namun kita tidak akan menyamakan pencinta agama dengan penjenayah yang memang bermaksud buruk dan tidak berhasrat baik.

Dalam agama ini, kita akan dapati sepanjang sejarah pelbagai imam dengan pelbagai ijtihad mereka. Ada yang kita mungkin setuju, mungkin ada yang sebaliknya. Di sudut ilmiah, tiada siapa yang maksum. Setiap pandangan berhad dinilai dan dikritik.

Al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H) terkenal dengan sikap ‘i'tidal (tidak melampau) dalam membuat penilaian ketika menulis karya agungnya Siyar A'lam al-Nubala`. 

Ketika beliau membicara tentang tokoh besar hadis, Muhammad bin Nasr al-Marwazi, beliau menyebut nukilan dari al-Hafiz Ibn Mandah yang menyatakan Muhammad bin Nasr al-Marwazi ini dengan terang menyebut bahawa iman, ikrar, syahadah dan bacaan al-Quran dengan lafaznya adalah makhluk. 

Ucapan ini menyanggahi mazhab ahli hadis di zaman itu. Maka para ulama telah memulaukannya. Para sarjana besar (imam) di Khurasan dan Iraq telah menyanggahinya. Al-Imam al-Zahabi juga turut mengkritik kenyataan Muhammad bin Nasr itu. Namun, beliau ikuti kritikannya dengan kenyataan berikut: 

"Jika kita ini setiap kali seseorang sarjana (imam) itu tersilap dalam ijtihadnya pada masalah yang kesilapan itu diampunkan, tetapi kita bangkit tentang lantas kita bid'ahkan, kita pulaukan, maka tidak akan selamat (Muhammad) Ibn Nasr, Ibn Mandah dan mana-mana tokoh yang lebih besar dari kedua mereka. Allah itu penunjuk hamba-hambaNYA kepada kebenaran. DIA paling pengasih dalam kalangan yang pengasih. Kita berlindung dengan Allah dari hawa nafsu dank eras hati". (14/39-40. Beirut; Muassasah al-Risalah).

Dalam sejarah ilmu, ada imam tafsir yang agung iaitu al-Imam Mahmud al-Zamakhsyari (meninggal 538H) yang terkenal dengan Tafsir al-Kassyaf. Beliau seorang yang bermazhab Muktazilah. Pun begitu ketokohan dan karya diakui dalam dunia Sunni sehingga ke saat ini. 

Al-Imam al-Zahabi menggelarnya al-‘Allamah bermaksud yang tersangat berilmu. Kemudian diikuti dengan sebutan ‘kabir al-Mu'tazilah' iaitu tokoh besar Muktazilah. Setelah menyebut kelebihannya dalam ilmu, al-Zahabi menutup dengan berkata: "Dia pendakwah kepada Muktazilah. Moga Allah memaafkannya". (20/151).

Apakah hanya kerana beberapa perbezaan ijtihad dalam akidah dan fekah, kita membolehkan kezaliman ke atas mereka yang cintakan agama. Dalam masa yang sama kita lupa pula pegangan rejim-rejim yang zalim itu! 

Sekali lagi saya memetik kata-kata Al-Syeikh Muhibb al-Din al-Khatib menyebut: 

"Kita kaum muslimin tidak beriktikad kemaksuman seseorang selepas Rasulullah SAW. Sesiapa sahaja yang mendakwa kemaksuman seseorang selepas Rasulullah SAW maka dia berdusta. Insan itu tetap insan. 

"Terbit darinya apa yang terbit dari insan. Maka, ada padanya kebenaran dan kebaikan. Ada juga padanya kebatilan dan kejahatan. Boleh jadi kebenaran dan kebaikan pada insan tertentu dalam lingkungan yang luas, maka dia dinilai dalam kalangan ahli kebenaran dan kebaikan. Ini tidak menghalang untuk terjadi kepadanya beberapa kesilapan. 

"Boleh jadi kebatilan dan kejahatan pada insan yang lain dalam lingkungan yang luas, maka dia dinilai dalam kalangan ahli kebatilan dan kejahatan. Ini tidak menghalang untuk tercetus dari beberapa cetusan kebaikan pada waktu-waktu tertentu. 

"Wajib kepada sesiapa yang berbicara mengenai ahli kebenaran dan kebaikan, jika dia tahu mereka ada beberapa kesilapan, janganlah dia rosakkan kebenaran dan kebaikan mereka yang banyak itu. Janganlah dipadamkan segala kebenaran dan kebaikan disebabkan kesalahan-kesalahan tersebut. 

"Wajib pula kepada sesiapa yang berbicara mengenai ahli kebatilan dan kejahatan, jika dia tahu ada beberapa cetusan kebaikan mereka, janganlah dia kelirukan orang ramai bahawa seakan mereka itu dalam kalangan golongan yang soleh hanya kerana amalan kebaikan mereka yang jarang dan ganjil itu." (Tahqiq al-‘Awasim min al-Qawasim, m.s 47. Beirut: Dar al-Jail)

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Apabila artikel ‘Kenaikan Harga Barang Ketetapan Allah' muncul di saat rakyat sedang merasai ancaman kenaikan harga barang akibat potongan subsidi minyak oleh kerajaan, majoriti rakyat memang tidak puas hati. 

Saya tidak tahu, apakah hasrat sebenar penulis berkenaan. Mungkin niatnya hendak meredakan perasaan rakyat terhadap kerajaan ataupun meredhakan kerajaan terhadapnya, itu tidak pasti. Kata penulis, dia bercakap dalam konteks sabar. Mungkin itu maksudnya.

Menariknya saya terbaca satu komen yang menyebut: ‘Kalau begitu pegawai-pegawai penguatkuasa kawalan harga barang sedang menentang ketetapan Allahlah!' Ringkas, tapi penuh makna.

Akidah

Sebelum kita pergi kepada hadis yang diguna pakai dalam penghujah isu ini, saya suka menyebut bahawa dalam sejarah umat Islam pernah muncul aliran Jabariah yang menganggap bahawa semua perkara adalah ketetapan Tuhan, manusia sama sekali tiada pilihan. 

Jabariah tidak termasuk dalam kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah, sebaliknya mereka termasuk dalam golongan Ahlul Hawa (pengikut hawa nafsu). Saya percaya penulis berkenaan tidak demikian.

Nabi Muhammad SAW mengajar kita tentang takdir dan usaha dalam masa yang sama. Apabila manusia berusaha, namun gagal disebabkan aturan perjalanan alam yang membabit pelbagai pihak; iklim, manusia, masa dan lain-lain, maka manusia hendaklah akur dengan kehendak Allah dalam hal itu. 

Segala yang berlaku dalam alam ini dengan izin Allah. Tiada apapun yang boleh berlaku tanpa izin-Nya. Namun, apa yang DIA izinkan, bukan semestinya DIA redha. Demikian, apa yang DIA redha bukan semestinya DIA izinkan. Dia tidak redha kezaliman Firaun, tetapi DIA mengizinkan kewujudan Firaun atas sistem alam yang dicipta-Nya. 

Dia redha hamba-hamba-Nya bersedekah, tapi bukan semua mereka DIA izinkan memiliki harta yang banyak, atas sistem alam ciptaan-Nya. Maka, di situlah adanya pahala bagi niat yang baik. Maka, DIA juga menetapkan Hari Pembalasan selepas kematian untuk membalas kebaikan dan keburukan.

Usaha

Kita disuruh berusaha kerana keizinan Allah itu sering berkaitan dengan usaha yang menuruti sunnah ataupun tabiat ciptaan alam. DIA boleh memenangkan para nabi-Nya dalam sekelip mata, namun itu tidak berlaku. Semua para nabi terpaksa berjuang dan mencari sebab musabab untuk membolehkan mereka menang. 

Lihat Maryam ibu Nabi Isa, ketika dia dalam keadaan lemah hendak melahirkan Nabi Isa a.s., Allah menyuruh dia menggoncang pokok tamar. Rutab (tamar masak) pun jatuh berguguran. Firman Allah yang bermaksud:

"(Ketika Maryam hendak melahirkan Isa) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar; dia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan jadilah aku dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! lalu dia diseru dari sebelah bawahnya:" janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan goncanglah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur ke atasmu buah tamar yang masak." (Surah Maryam 23-25).

Lihat, padahal Allah Pemberi Rezeki, tidak bolehkah DIA gugurkan sahaja buah tanpa perlu Maryam bersusah payah menggoncangnya? Jika pun dia goncang, sekuat mana sangat wanita yang sarat mengandung dapat menggoncang pohon tamar? Tidakkah dia sedang mengandung dengan pilihan Allah terhadap dirinya. Ya, namun, Allah mahu hidup ini berjalan menurut tabiatnya, usaha tetap disuruh dan bantuan Allah akan mengiringnya. 

Takdir

Sama halnya dengan sakit demam, walaupun segalanya ketentuan Tuhan, namun Nabi SAW menyebut: 

"Jika kamu mendengar taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kita kena berusaha, kita tidak boleh cakap "ini semua takdir" lalu membiarkan penyakit merebak. Allah itu al-Syafi (Penyembuh). Benar, tapi kita kena berusaha mengatasi penyakit. 

Sabda Nabi yang bermaksud: "Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah." (Riwayat Muslim).

Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H) ketika mensyarahkan hadis ini memetik kata-kata al-Qadi ‘Iyadh yang menyebut: 

"Hadis-hadis ini juga menolak golongan sufi yang melampau, yang membantah berubat dan berkata: "Kesemuanya dengan qada dan qadar Allah, tidak memerlukan kita berubat". Hadis-hadis ini adalah hujah para ulama dalam menolak mereka." (Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 359/14, Beirut: Dar al-Khair).

Jika seseorang jaga kesihatannya, namun penyakit datang juga maka bersabarlah. Anggaplah itu ketetapan Allah. Ada hikmahnya. Ada sebab musabah di luar dari kemampuan diri. Ada pahala atas kesabaran itu. Tapi jika sendiri membahayakan diri. 

Melakukan perkara yang merosakkan seperti mengambil dadah, ataupun rokok, ataupun apa-apa tindakan yang bahaya lalu terkena penyakit, maka sebelum dia menyerah kepada takdir, dia hendaklah menyalahkan sikapnya terlebih dahulu. 

Allah telah ingatkan dengan maksudnya: "Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan." (Surah al-Baqarah, ayat 195).

Jika seseorang mati kerana sakit atau tanpa sebarang sakit maka kita terima sebagai takdir. Namun jika dia dibunuh, walaupun itupun takdir, pembunuh mesti dihukum. Ulama tidak boleh beritahu mahkamah ‘jangan salahkan pembunuh kerana itu takdir, Allah itulah yang menghidup dan mematikan'. 

Demikian jika ada yang dirompak dan dirogol, tidak boleh kita beritahu bahawa dalam Islam penyelesaiannya ‘terimalah sebagai takdir dan bersabar, jangan salah sesiapa, rezeki ketentuan Allah'. Dalam Islam ada undang-undang jenayah dan pesalah boleh dihukum. Ada sistem keadilan yang wajib ditegakkan.

Jika anda masuk ke kedai, anda dapati pekedai menaikkan harga barang dan bila anda tanya kenapa lalu dia jawab "Allah menaikkan harga barang". Apakah anda akan berkata: ‘Masya-Allah, akidah awak terlalu teguh, awak sangat beriman'. Ataupun, ‘awak menggunakan nama Tuhan untuk ketamakan awak!'.

Dalam negara ini, ada berbilion projek yang dipersoalkan. Ada istana yang dibina dengan harga berbilion ringgit. Ada projek harta awam yang tersangkut atas pelbagai alasan berbilion harganya. Apakah jawapannya: "Semua itu takdir Allah?". Saya juga lebih tertarik dengan kerajaan sekarang, lebih dari pembangkang, tapi bukan itu cara berhujah yang betul untuk membela.

Maksud hadis

Apabila anda faham teras-teras di atas, maka fahamlah maksud hadis Anas bin Malik, dia berkata: "Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah SAW. Maka orang ramai pun berkata: "Wahai Rasulullah, Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami. 

Jawab Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta". (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Ertinya, jika kenaikan itu bukan disebabkan perancangan buruk manusia, tetapi secara semula jadi yang jika ditetapkan harga barang akan menzalimi para peniaga, maka hadis ini dipakai dalam suasana yang seperti itu. Ertinya haram menetapkan harga barang.

Namun, jika naik turun harga tidak semulajadi, ada unsur permainan harga maka seperti mana peniaga tidak boleh dizalimi, demikian pembeli juga tidak boleh dizalimi. Kerajaan menjaga keadilan untuk kedua pihak. 

Justeru Islam melarang monopoli yang zalim seperti ihtikar (hoarding/sorok barang). Jika kezaliman berlaku, pemerintah boleh masuk campur menetapkan harga barang. Inilah yang sarjana seperti Ibn al-‘Arabi sebut: 

"Sebenarnya, harus menetapkan harga dan mengawal urusan dengan suatu undang-undang yang tidak menzalimi kedua belah pihak (peniaga dan pembeli). Apa yang disebut oleh al-Mustafa (Nabi s.a.w) adalah benar, apa yang dilakukannya adalah tepat, namun itu untuk yang betul niat dan agama mereka. Adapun kaum yang berhasrat memakan harta dan menyusahkan orang ramai, maka pintu (peraturan) Allah adalah luas dan hukum dilaksanakan". ( Al-Munawi, Faidh al-Qadir, 2/337. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Menariknya, Lajnah Fatwa Arab Saudi (fatwa 12076) juga membolehkan menetapkan harga barang dan tidak membenarkan seseorang sewenang-wenang menaikkan harga barang yang ditetapkan penguasa.

Kesimpulannya, hadis itu sahih. Konteks ia dikemukakan di waktu ini mungkin tidak tepat. Macam kata Saidina Ali bin Abi Talib kepada Khawarij: "Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil". (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Adapun saya, tidak tahu apakah tujuan tokoh agama parti berkenaan mengemukakannya. Saya serahkan urusannya kepada Allah.

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas mufti Perlis.
Charleston (South Carolina): Seekor anjing membantu membongkar kezaliman pengasuh yang mendera anak tuannya, lapor media semalam.

Menurut media, anjing itu menunjukkan sifat agresif setiap kali Alexis Khan, 22, datang ke kediaman Benjamin Jordan untuk menjaga Finn yang baru berusia tujuh bulan. Alexis menjadi pengasuh Finn sejak lima bulan lalu.

Melihat gelagat anjing mereka yang aneh itu, Jordan dan isterinya memasang kamera telefon dan menyembunyikannya di antara kusyen sofa. Kebimbangan mereka ternyata benarnya. Jordan berkata, mereka melihat Alexis memaki Finn. “Kemudian kami mendengar bunyi tamparan sebelum suara tangisan 

Finn mulai kedengaran. Tangisannya yang pada awalnya perlahan kemudian menjadi semakin kuat. “Selama lima bulan saya serahkan anak saya kepada penyangak tanpa mengetahui apa yang berlaku semasa ketiadaan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Berikutan itu, Alexis ditahan beberapa minggu kemudian. Dia akhirnya mengaku mendera Finn selepas disoal ibu bapa bayi berkenaan secara bersemuka. Alexis dijatuhkan hukuman penjara setahun hingga tiga tahun. Da juga perlu mendaftar sebagai pendera kanak-kanak dan tidak dibenarkan bekerja dengan kanak-kanak lagi pada masa depan.

Jordan berkata, dia sangat terhutang budi kepada anjing peliharaan mereka.

“Jika anjing kami tidak memaklumkan mengenai kejadian itu dan naluri isteri saya yang menyatakan ada sesuatu yang tidak kena, tidak mustahil suatu hari kelak Finn mungkin terbunuh,” katanya. - Agensi